Kapal Perang
Semenjak dari Zaman Pertengahan hinggalah abad ke16, senjata utama bagi kuasa-kuasa yang bertanding di Lautan Mediterranean adalah kapal dayung ringan (light war galley). ...
Pada zaman awal Byzantine sedikit perubahan dibuat terhadap galley lalu menghasilkan dromon.
1) Dromon
2) Chelandion
3) Pamphylos
4) Galley
Penulis menggunakan istilah Dromon bagi merujuk kepada jenis-jenis kapal di atas kerana pada anggapannya tidak ada banyak beza di antara jenis-jenis tersebut.
Procopious, orang yang pertama menyebutkan tentang dromon pada abad ke 6 berkata satu barisan pendayung tetapi pada abad ke 9 Leo Vi menyebutkan terdapat 2 barisan pendayung di dalam Naumachicha.
Penujah 'Ram' (dipanggil rostrum) digantikan dengan muncung (dipanggil calcar). tujuasnnya bukan untuk menghentam kapal lawan tetapi untuk bertindak sebagai jambatan bagi membolehkan anak kapal menyeberang ke arah kapal lawan.
Sumber Byzantine yang lain juga menyebutkan muncung ini turut digunakan untuk merosakkan bahagian dayungan kapal lawan.
Tumpuan perkapalan laut kini beralih daripada memusnahkan kapal lawan kepada menawannya. Hal ini demikian sehinggalah kaedah peperangan seperti ini berakhir di Mediterranean. Pada abad ke 7, senjata penyerang dromon adalah Greek Fire, sejenis bhan bakaran. Pada masa yang sama layar segiempat digantikan dengan layar segitiga dan lebih dari satu tiang layar telah digunakan. ...
...
Tidak banyak diketahui tentang pembinaan kapal perang Muslim walaupun ada sumber Byzantine yang mengatakan ianya lebih kecil dan perlahan berbanding dromon.Tidak terdapat tanda kewujudan galley Muslim sebelum abad ke14. Dengan mengandaikan bahawa orang-orang Arab mengambil kapal-kapal dari orang Medterranean yang ditawan dan kemungkinan nama-nama Byzantine diserap ke dalam bahasa Arab maka secara amnya, walaupun ada sedikit perbezaan, kapal perang Muslim tidak jauh bezanya dari Byzantine. Yang nyata, teknologinya tidak juah ketinggalan.
Pada abad 10 dan 11, kerajaan Fatimid menggunakan kapal perang, asatil dan marhab harbi, dan galley, shini, dan abad ke12 tentera Salahuddin Mesir mempunyai galley, shini, dari dua jenis; ghurab dan musattah. Galley seperti itu mempunyai seramai 140 orang pendayung termasuk kelasi, pelayar dan pegawai tetapi kebanyakan saiz kapal adalah kecil dari itu. Perkataan Greek shini dan shalandi turut digunakan di dalam bahasa Arab.
Chartes memberitahu kita bahawa kapal Mesir mempunyai paruh meskipun dia menggunakan istilah rostrum untuk paruh (naves rostratae). Walau bagaimanapun, olehkerana dia menggunakan frasa yang sama terhadap galley dari tenetra Itali pada zaman yang sama, menunjukkan dia memaksudkan paruh dan bukannya penujah. Menurut Ibn Al-Manqali, penulis Mesir pada abad ke14 yang menyerjemahkan Tactica karangan Leo IV, shini Muslim mempunyai dua pelantar dayungan sepertimana Byzantine. Bagaimanapun, bukti pemindahan rekaan abad ke14 Muslim dari abad ke9 Byzantine tidak dapat menjadi bukti kukuhbagi menyokong rekaan mereka pada abad ke9 dan ke10.Procopous menyatakan dromon Byzantine pada abad ke6 mempunyai hanya satu pelantar dayungan dan barangkali shini Muslim mempunyai satu shaja pelantar dayungan.
Dari hujung abad ke11 dan lebih nyata lagi abad ke12, bukti tentang sifat galley perang Itali mula dikumpulkan. ... Hanya dua ciptaan atau tambahan dibuat, tiang lyar kedua dan 3 orang pendayung bagi setiap bangku hingga akhir abad itu dan abad ke14.
Statik terpeinci yang terawal berkenaan bukaan galley diambil dari arkib Angevin di Naples yang kini arkib itu pun telah musnah. ...
Pembinaan semula galley ini menujukkan secara jelas bahawa kerangka dayungannya adalah besar. ... Kapal sebegini adalah kerdil berbanding kapal besar bulat pada zaman itu, yang boleh memuatkan 800 tan metrik.
Pada zaman pertengahan berikutnya kapal perang galley di kedua-dua bahagian Mediterranean terbahagi kepada beberapa jenis. ... Di Lepanto, armada Venice dan Liga Suci merangkumi 6 galley yang besar, galeazze, yang memainkan peranan penting di dalam peperangan tersebut.
Apa pula galley perang Muslim pada akhir Zaman Pertengahan dan abad ke 16? Di dalam sumber Uthmaniyyah, kaliyota atau kalita, perkataan Itali galiotta yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa Turki digunakan untuk galley bagi saiz yang kecil daripada ukuran biasa. Ia merupakan pengangkutan pilihasn Amir Ghazi di abad ke14 dan corsair Muslim secara amnya di sepanjang Mediterranean pada hujung Zaman Pertengahan dan abad ke16. Demikian juga gripar atau igribar. Kadirga, dari perkataan Byzantine Greek untuk armada, merupakan kapal kegunaan biasa Uthmaniyyag, yang sama dengan galea sottile. Mavna adalah setanding dengan galley besar, galeazza. Sebagai tambahan, Uthmaniyyah menggunakan perkataan bastarda, bagi galley yang besar dari kadirga tetapi kecil dan rendah parasnya berbanding mavna, untuk kegunaan laksamana. Mereka juga mempunyai kapal artileri khas dan pngangkutan kuda, dan pada abad ke16, galleons (kapal besar dengan tiga layar). Corsairs memilih kalita yang kecil dan pantas. Sedikit pula diketahui tentang kapal Mamluk Mesir dan kerajaan Maghribi. Kerajaan Nasrid Granada dalam abad ke14 menggunakan galeote, sebagaimana Corsair Barbari dari Tunisia pada abad ke 16. Walaupun maklumat ini sedikit, cukup pasti pembahagian kepada dua jenis galley ringan dan galliot di dalangan tentera Kristian Barat dan orang Turki, turut sama berlaku di dalam tentera Muslim. Kelihatannya galley ringan tentera Muslim pada abad ke16 terkenal dengan saiznya yang kecil, rendah paras, laju ketika menggunakan layar tetapi perlahan bila didayung berbanding galley ringan Kristian Barat.
Berikutan dari penaklukan Byzantine dari Latin tahun 1261, Michael VIII Palaeologus membina semula armada Byzantine sehingga ia menjadi kuasa hebat di Aegean. Bagaimanapun, usahanya musnah apabila penggantinya Andronicus II menggantikannya, dan semenjak itu, kecuali usaha John VI Cantacuzenus tahun 1347-9 untuk menyusun semula armada Byzantine, kerajaan Byzantine tidak lagi menjadi faktor utama di Mediterranean. Tentera dari Byzantine dan Greek dari jajahan Byzantine yang jatuh ke tangan Turki beroperasi sebagai corsair tetapi era kekuasaan laut Byzantine telahpun tamat. Walaupun tiada kajian dibuat terhadap kapal Byzantine, ataupun corsair Greek Uthmaniyyah, terdapat sebab yang terlalu kecil untuk mendakwa mereka berbeza dari Galley dan Galliot Barat dan Turki.
Monday, January 14, 2008
Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 Terjemahan Bab 2.Kapal (The Ships)
Friday, January 11, 2008
Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 Terjemahan Bab .Kapal (The Ships)
Agak mustahil untuk menjejaki secara terpeinci keseluruhan sejarah kapal dan pembinaannya di Mediterranean dari zaman Rom sehingga abad ke 16 (nota#1). Kajian tersebut tidak perlu kerana tumpuan kami adalah terhadap jenis-jenis utama kapal pendayung perang dan kapal dagang. Ciri-ciri kapal-kapal ini berkait dengan masalah kualiti, kemampuan dan batasan logistik yang mempengaruhi peperangan laut dan lalulintas maritim.
KAPAL DAGANG
(dari awal zaman pertengahan sehingga akhir abad ke-13)
Maklumat tentangnya terlalu sedikit. Bagi kapal layar angin, maklumat tentang pembinaannya hanya diperolehi dari pertengahan zaman byzantine. Penemuan terbaru di dalam bidang arkeologi laut menokok maklumat sedia ada yang diambil dari sumber bertulis dan sejarah seni budaya (nota#2). Sekitar abad ke 7, beberapa perubahan pertama berlaku di hujung zaman Rom. Saiz kapal semakin mengecil, atau setidak-tidaknya kapal-kapal besar Empayar Rom sudah tiada lagi (nota#3). Kaedah lama, iaitu menghasilkan kapal yang kuat tetapi memakan kos, tenaga dan masa telah ditinggalkan. Kaedah baru dimulai dengan pembinaan rangka dan diikuti dengan pemasangan dinding dengan cara dipaku ke rangkanya. Kaedah ini bermula pada abad ke 7 dan digunapakai sepenuhnya pada abad ke 11 (nota#4).
Dalam tempoh yang sama, layar segiempat digantikan dengan layar segitiga (lateen sails). Malahan, layar segitiga mungkin berasal dari layar segiempat bentuk lama yang (tidak seperti bentuk moden) tidak berpusing secara horizontal pada tiang layar tetapi dipautkan salah satu daripada bahagian tepinya kepada tiang tersebut.
Kapal dagang empayar Byzantine dari abad 7 ke 11 biasanya bersaiz kecil, kurang 250 tan, menggunakan satu layar segitiga, di kemudikan oleh 2 pengayuh, bucu hadapan berbentuk kelok dan tidak mempunyai buritan(nota$7). Inilah ciri kebiasaan kapal layar di Mediterranean sehingga akhir abad ke 13.
Bukti pembinaan kapal di Zaman Byzantine, jika dapat ditemui, mungkin dapat dijejaki melalui Dunia Islam. Barangkali kerana larangan orang Islam pada zaman awal untuk melukis bentuk manusia, hanya terdapat sedikit lakaran kapal Muslim sebelum abad ke13(nota#8). Walaupun terdapat sedikit perbezaan di antara satu kapal dengan yang lain, tidak wujud kesangsian bahawa rekabentuknya berbeza jauh dari rekabentuk Byzantine.
Selepas penaklukan pertama, orang Muslim menggunakan kapal-kapal yang diambil dari model orang-orang Mediterranean terutamanya orang Byzantine (nota#9). Nama Qarib atau carabi diambil dari perkataan Greek (nota#10). Bagaimanapun, orang Muslim mungkin juga telah memperkenalkan sesetngah jenis kapal dari Laut Merah atau Lautan Hindi. Tarida, contohnya, telah diambil dari perkataan arab 'tarida' yang asalnya kayak yang digunakan di Laut Merah.
Dalam abad 10 hingga 12 , pedagang Muslim terutamanya orang-orang Mesir menggunakan kapal layar segitiga dan dikemudiakan oleh pengayuh.
...
KAPAL PERANG (p 57)
Sepanjang Zaman Pertengahan sehingga penghujung abad ke16, senjata penyerang utama ialah kapal dayung ringan Galley.
Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 (Past and Present Publications)
Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 Terjemahan Bab 1.Laut (The Sea)
Bagi manusia purba dan zaman pertengahan, Mediterranean dianggap sebagai kawasan yang bermurah hati terhadap mereka. Berbanding dengan Laut Utara atau Atlantic, ia menyediakan peluang pelayaran yang lebih lama di sepanjang tahun. Awan cerah, angin sederhana dan laut tenang bermula dari akhir mac sehinggalah lewat oktober.
Oleh kerana saiz perairannya yang kecil, dari sudut istilah geografi dan meteorologi, ombak besar sepertimana yang berlaku di di dalam pelayaran Atlantik tidak wujud di Mediterranean; meskipun ada benarnya ombak akibat angin kencang di sesetengah kawasannya hampir sama bahayanya dengan ombak di Atlantik. Demikian juga, air pasang surut yang mempengaruhi pelayaran dan rekabentuk di Laut Utara tidak ada di sini melainkan di sesetengah kawasan jua. Pulau-pulau yang berselerakan di bahagian utara lautan ini mengurangkan keperluan untuk pelayaran jarak jauh dan hal ini membawa kepada pelayaran kapal-kapal kecil. Awan cerah pada malam musim panas memudahkan pelayaran berpandukan bintang.
Walaupun perairan ini kelihatan kurang mencabar, faktor geografi dan meterelogi tetap mempengaruhi rekabentuk kapal, musim pelayaran dan pemilihan laluan kapal. Pengemudian secara kayuhan atau layaran angin kuat dipengaruhi oleh arus, air pasang surut, angin, persisiran dan bentuk kejadian metereologi terutamanya angin darat dan laut.
Perairan Mediterranean disokong oleh beberapa batang sungai: Nil, Po dan Rhone merupakan penyumbang utama. Peranan sungai-sungai yang kecil yang terdiri daripada Orontes, Meander, Maritsa, Vardar, Tiber, Arno dan Ebro adalah kurang ketara. Dalam zaman moden, sebelum pembinaan empangan Nil, semua sungai menggantikan penyejatan laut sebanyak 25%. Kadar ini adalah lebih tinggi pada Zaman Pertenghan kerana kurang aktiviti pengempangan sungai ketika itu.
...
Terdapat beberapa arus lautan yang wujud di Lautan Mediterranean
...
Di zaman perkapalan kayuhan atau layaran angin, arus-arus ini berperanan samada sebagai pembantu atau penghalang perjalanan.
Selat Messina, dengan pusaran arus dan pasang surutnya (tagli) pernah dikaitkan dengan legenda Scylla dan Charybdis. Ibn Jubayr berpandangan bahawa: 'Laut di selat ini, yang melalui tanah besar dan Sicily, bagai 'bagai limpahan empangan' dan, akibat dari tekanannya, seperti kawah yang menggelegak. Sesungguhnya ia sukar bagi laluan kapal' (nota no. 3 ).
Jaringan arus di Laut Mediterranean digunakan untuk pengemudian pada zaman antik dan sepanjang Zaman Pertengahan (nota no.4). Bantuan ini amat berguna bagi pelayar dari timur ke barat dan dari selatan ke utara, yang terpaksa menentang arah angin, justeru menyumbang kepada laluan antara bandar (trunk route). Kapal yang menuju ke utara atau barat berlawanan arah angin akan menyusuri persisiran pantai dengan menikut kitaran bayu darat atau laut disebelah pagi atau petang.
Iklim di Mediterranean adalah amat rumit (nota no.5). Secara amnya, ia dipengaruhi oleh tekanan antara benua yang bertindak balas dengan lembah Mediterranean; terutamanya banjaran, yang mengelilingi lautan kecuali di tenggara dan daerah panas.
4 sistem tekanan utama:
- Sub-tropika bertekanan tinggi Atlantik yang berpusat di latitud 30 utara Azores.
- Sub-polar bertekanan rendah Atlantik Utara ...
- Sistem bertekanan tinggi Monggolia ...
- Sistem Monsoon bertekanan rendah Indo-Persian ...
Kesemua sistem ini menghasilkan gelombang di perairan Mediterranean ...
Ketika musim dingin, iklim di dominasi oleh angin rendah Atlantik Utara dan angin tinggi Monggolia...
Ketika musim panas, angin rendah Atlantik Utara berundur ke utara ke arah kutub dan menjadi lemah... ...Angin tinggi Monggolia berundur ke utara dan bergerak ke Siberia, pengaruhnya menjadi lemah di Mediterranean.
...
...
...
...
Bagi kapal-kapal di Zaman Pertengahan di mana manusia bergantung kepada kekuatan kayuhan manusia dan kuasa angin, pergerakan angin dari arah utara ke selatan telah menjadikan persisiran pantai selatan Mediterranmean sebagai kawasan yang bahaya (lee shore). Bahaya ini turut di tambah oleh mutu keupayaan kapal yang rendah.
Secara relatifnya, persisiran utara lebih selamat untuk pelayar. Tanahnya tinggi dan mudah kelihatan dari jauh. Terdapat banyak teluk untuk kapal berlindung. Dasar lautan di pinggir pantainya dalam memudahkan kapal belayar menyusuri pantai. Meskipun bahaya seperti terumbu karang, pulau dan tebing pasir masih ada tetapi persisiran utara lebih baik berbanding persisiran selatan Mediterranean (nota no.16)
Persisiran di sebelah Afrika Utara dianggap berbahaya. Dari Ceuta ke arah timur sehingga Tunisia, lautnya cetek, dipenuhi dengan pulau-pulau dan batu karang. Perairan utara Tunisia terdiri dari tebing batu, pulau-pulau di persisiran dan terumbu karang dari sempadan Algeria sehingga ke Cape Bon (nota no.17). Terhadap sejumlah kecil pelabuhan yang selamat dan dalam dan sebahagian besarnya adalah buatan manusia pada Zaman Pertengahan (nota no.18). Ke seluruhan pantai Maghribi, dari Ceuta ke Cape Bon, dianggap sebagai kawasan maut untuk kapal semenjak Zaman Antik (nota no.19).
...
...
...
...
...
Keadaan persisiran pantai selatan yang tidak selamat, arus lautan dan angin yang tidak sesuai menjadikan persisiran pantai utara lebih digemari pelayar. Dalam kajiannya terhadap Cairo Geniza, Goiten memuatkan bukti bahayanya perjalanan laut dari Maghribi ke Mesir, walaupun begitu dia tidak mengatakan bahawa pelayaran laut adalah dianggap berbahaya pada ketika itu (nota no.31).
... Pulau-pulau di selatan Mediterranean (kecuali Balearics, Sardinia dan Sicili) adalah kecil, tidak berpenghuni dan tiada kemudahan sebagaimana yang terdapat di bahagian utara. Ini tidak bermakna pulau-pulau ini tidak pernah digunakan langsung, bahkan pernah (nota no. 32). Namun begitu, kualitinya adalah jauh berbeza berbanding pulau-pulau di kawasan utara.



