Pengenalan JavaScript
1. JavaScript adalah sejenis Bahasa Pengaturcaraan yang lahir sezaman dengan Web. Pada asalnya, ia dibangunkan oleh syarikat Netscape Communication, iaitu syarikat yang mengeluarkan Web Browser komersial yang pertama. Kini, secara rasminya ia diuruskan oleh Mozilla Foundation.
2. JavaScript diperkenalkan dengan tujuan menjadikan Dokumen Web bersifat dinamik. Bahasa HTML dan CSS hanya berperanan untuk memaparkan kandungan Dokumen Web sahaja. Kedua-dua bahasa ini tidak boleh memproses atau berinteraksi dengan pengguna. JavaScript melengkapkan teknologi Dokumen Web apabila ia bercirikan kedua-dua perkara ini.
3. JavaScript dikategorikan sebagai Interpreted Language (dari segi literalnya bererti Bahasa Yang Diterjemahkan). Ia dikatakan Interpreted atau Diterjemahkan kerana Web Browser akan membaca arahannya dan menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan atau respon.
4. Sebagai contohnya, apabila kita menaip arahan berikut...
<script> document.writeln("hello"); </script> |
...Web Browser akan memaparkan seperti berikut...
hello
5. Dalam contoh di atas, ada arahan document.writeln("hello"); di antara tag <script>...</script>. Pasangan tag <script> ini akan memberitahu Web Browser bahawa kandungannya adalah bahasa pengaturcaraan (script) maka Web Browser akan faham lalu menterjermahkan (interpret) arahan tersebut.
6. JavaScript boleh digunakan oleh Dokumen Web untuk berinteraksi dengan pengguna. Sebagai contohnya, jika kita menaip kod berikut...
<script> var person = prompt("Please enter your name", "Harry Potter"); if (person != null) { document.getElementById("demo").innerHTML = "Hello " + person + "! How are you today?"; } </script> |
7. Dalam contoh di atas, kod JavaScript mengarahkan Web Browser mengeluarkan Tetingkap Prompt dan meminta pengguna memberi respon.
8. JavaScript juga dikategorikan sebagai Function Programming. Maksudnya, kod arahan boleh dikumpulkan dalam satu blok dikenali sebagai Function dan boleh dipanggil untuk dilaksanakan oleh elemen HTML.
9. Contoh berikutnya menunjukkan JavaScript yang ditulis dalam bentuk function.
<button onclick="myFunction()">Try it</button> <p id="demo"></p> <script> function myFunction() { var person = prompt("Please enter your name", "Harry Potter"); if (person != null) { document.getElementById("demo").innerHTML = "Hello " + person + "! How are you today?"; } } </script> |
10. Apabila pengguna menekan button Try it, Dialog Prompt akan keluar dan meminta nama dimasukkan.
11. Selepas nama dimasukkan dan butang OK ditekan, Web Browser akan memaparkan kembali nama yang telah dimasukkan pengguna.
12. Dari contoh-contoh di atas dapat disimpulkan...
12.1. JavaScript menjadikan Dokumen Web Dinamik.
12.2. Arahan JavaScript akan dilaksanakan oleh Web Browser secara terjemahan (interpreted).
12.3. Output boleh dipaparkan dalam Dokumen Web atau dikeluarkan dalam bentuk Tetingkap Dialog.
Selanjutnya, baca http://www.w3schools.com/js/default.asp
12.3. Output boleh dipaparkan dalam Dokumen Web atau dikeluarkan dalam bentuk Tetingkap Dialog.
Selanjutnya, baca http://www.w3schools.com/js/default.asp
1 comment:
Alhamdulillah. Cukup bermanfaat nota ni. Kena buat untuk lebih paham.
Post a Comment