Popular Writing memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat umum
Popular Writing (Penulisan Popular) bermaksud penulisan yang dihasilkan untuk bacaan masyarakat umum. Oleh kerana latarbelakang masyarakat umum itu pelbagai, seseorang yang menghasilkan Popular Writing mestilah mengambilkira kandungan, pemilihan perkataan dan gaya bahasa yang sesuai.
Popular Writing berbeza dengan Academic Writing dari segi pendekatan penulisan. Pendekatan Academic Writing adalah berstruktur dan ketat disiplinnya. Ia mestilah ditulis berdasarkan format yang telah ditetapkan untuk memudahkan pembacanya memahami dan seterusnya mengkaji kandungannya.
Walaupun dilihat bersifat ringan dan bersahaja, Popular Writing memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat umum. Dalam kebanyakan hal, masyarakat perlu dicelikkan dengan perkara asas tentang sesuatu perkara melalui pendekatan santai tanpa perlu dibebankan dengan istilah atau konsep yang rumit.
Popular Writing, walaupun dikatakan "popular", sebenarnya adalah satu bentuk penulisan yang mencabar. Masyarakat umum juga memilih bahan bacaannya. Penulis Popular Writing mestilah berkeupayaan menghasilkan penulisan yang dianggap penting atau menarik oleh golongan pembaca sasarannya; jika tidak, mereka akan mengabaikannya sahaja dan membaca bahan yang lain, atau barangkali bermain video game atau menonton tv.
Menarik:
-https://www.quora.com/What-is-popular-writing
-http://jslr.tumblr.com/post/28724967409/popular-writing-by-definition-invites-lots-of
-http://writersrelief.com/most-popular-writing-and-publishing-articles/
No comments:
Post a Comment