Panduan untuk mengamalkan Content AggregatorContent Aggregator bermaksud seseorang atau organisasi yang mengumpulkan kandungan artikel dari sumber lain dan menyiarkannya semula untuk tatapan umum atau tertutup. Peranan Content Aggregator ini telah menjadi kontroversi berdekad lamanya. Ada yang beranggapan Content Aggregator menceduk sumber orang lain dan meraih manfaat darinya. Ada pula yang beranggapan Content Aggregator membantu mempromosikan sumber asalnya.
Berikut adalah sedikit panduan untuk mengamalkan Content Aggregator:
1) Terbitkan sebahagian tajuk atau artikel yang perlu sahaja untuk mencapai maksud artikel anda. Jangan ambil keseluruhan kandungan.
2) Jangan terbitkan semua artikel dari satu sumber. Tentukan skop anda yang relevan dengan kumpulan pembaca sasaran anda.
3) Sertakan sumber rujukan anda dalam artikel yang anda terbitkan.
4) Jika boleh, sediakan pautan ke sumber asal.
5) Jika boleh, tambahkan huraian atau idea anda sendiri di dalam artikel yang anda terbitkan.
Artikel ini disesuaikan dari: http://www.niemanlab.org/2010/09/whats-the-law-around-aggregating-news-online-a-harvard-law-report-on-the-risks-and-the-best-practices/
Anda juga disyorkan membaca: http://www.mequoda.com/articles/multiplatform-publishing-strategy/9-guidelines-for-content-aggregators/
No comments:
Post a Comment