Gabungan tajuk, gambar dan petikan yang menarik boleh mempengaruhi minda pembaca
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna web mengambil masa minima 5 saat untuk membuat keputusan samada mahu terus membaca sesebuah artikel atau mengabaikannya.
Salah satu cara untuk mempengaruhi mereka untuk membaca artikel ialah dengan menyusun tajuk, gambar dan petikan yang menarik. Oleh itu, sewaktu menyunting artikel, seseorang blogger perlu meluangkan sedikit masa untuk mengadun elemen-elemen ini dengan sebaiknya.
Blogspot mempunyai BlockQuote dan More Button yangboleh membantu seseorang blogger membuat dekorasi pada bahagian tajuk blognya.
Sebagai contohnya, untuk menghasilkan paparan seperti di atas, ikuti langkah-langkah berikut:
1) Masukkan gambar terlebih dahulu menggunakan Image Button. Seterusnya, pindah ke baris baru.
2) Masukkan teks untuk petikan. Kemudian highlight teks tersebut dan klik BlockQuote button. Seterusnya pindah ke baris baru
3) Klik More Button terlebih dahulu. Kemudian pindah ke baris baru. Seterusnya masukkan kandungan artikel anda.
No comments:
Post a Comment