Maksud Cascading Style Sheet
1. Di dalam tutorial sebelum ini, kita telah mempelajari tentang peranan Cascading Style Sheet (CSS). CSS digunakan untuk menggayakan kandungan Dokumen Web supaya kelihatan lebih menarik.
2. Soalan berikutnya, apakah sebenarnya maksud "Cascading"?
Cascading bermaksud bertindan. Dalam konteks Dokumen Web, kod untuk style boleh dimasukkan dalam beberapa kaedah (lihat kaedah inline styling dan kaedah separate css/html dalam tutorial terdahulu). Adakalanya akan berlaku pertindanan iaitu terdapat dua kod css yang mahu menggayakan elemen yang sama.
3. Cuba taip kod di bawah...
4. Dalam contoh di atas, terdapat dua kod arahan untuk menggayakan elemen <h3>. Kod arahan pertama memberi arahan sifat warna merah. Kod arahan kedua memberi arahan sifat warna biru. Dalam kes ini, kod arahan kedua akan dilaksanakan berdasarkan peraturan CSS atau CSS Styling Rule.
<style> h3 { color:red; } h3 { color:blue; } </style> <h3 class="tajuk">Selamat Datang!</h3> |
Hasilnya,
5. Contoh di atas juga menunjukkan kepada kita bahawa situasi berlaku pertindanan CSS akan berkemungkinan berlaku. Oleh sebab itu, kita mestilah memahami CSS Styling Rule supaya dapat memahami dan menggunakan kaedah CSS dengan sebaiknya.
6. Antara rujukan lanjut yang anda boleh baca berkaitan CSS Styling Rule ialah http://vanseodesign.com/css/css-specificity-inheritance-cascaade/
No comments:
Post a Comment