Saturday, November 26, 2016

Pengenalan HTML5





1. HTML5 adalah singkatan kepada Hyper Text Markup Language Version 5. Ia adalah sejenis bahasa penanda (markup language).


2. Bahasa Penanda atau Markup Language digunakan untuk menanda kandungan teks supaya kandungan tersebut dipaparkan dalam bentuk yang lebih bermakna kepada pembaca. Sebagai contohnya lihat penanda di bawah

Teks dan Kod PenandaHasil
<b>penting</b>penting
<i>contoh</i>contoh
<u>perhatian</u>perhatian



3. Contoh dalam Langkah 2 di atas menunjukkan penggunaan tag seperti <b>...</b>,<i>...</i> dan <u>...</u>. Dengan menggunakan kod tag ini, kita boleh menjadikan kandungan teks lebih bermakna kepada pembaca kerana gaya paparan teks yang berbeza boleh membuatkan pembaca lebih faham tentang konteks atau tujuan teks tadi digunakan.

4. Kod yang digunakan di atas berasal dari HTML versi 1. Ia diperkenalkan pada awal tahun 90an. Versi terkini HTML adalah Versi 5. Versi 5 memperkenalkan gabungan tiga bahasa teknologi iaitu HTML, Cascading Style Sheet (CSS) dan Java Script. Ketiga-tiganya mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling melengkapkan sifat sesebuah Dokumen Web.

Dokumen Web = dokumen yang boleh dipaparkan melalui perisian Web Browser. Ia boleh disimpan di dalam rangkaian Internet atau di dalam komputer seseorang pengguna.

5. HTML, seperti yang disebutkan di atas, berperanan menanda teks dalam dokumen supaya dapat difahami dan dipaparkan oleh Web Browser mengikut konteks atau tujuan yang dikehendaki oleh pengguna.

6. Cascading Style Sheet (CSS) pula berperanan mengubahsuai paparan tadi supaya lebih menarik umpamanya menambahkan warna atau kesan terhadap kandungan atau elemen-elemen dalam Dokumen Web.

7. Manakala Java Script pula berperanan menjalankan aktiviti pemprosesan dalam Dokumen Web. Ini termasuklah membuat pengiraan nombor, mengambil input dari pengguna serta mengubahsuai elemen-elemen sedia ada dalam Dokumen Web. Ringkasnya, ia menjadikan Dokumen Web bersifat interaktif iaitu boleh berinteraksi dengan pengguna dokumen tersebut.

8. Pada hari ini, HTML 5 menjadi satu bahasa yang sangat penting di dalam dunia ICT kerana hampir kebanyakan masa pengguna di Internet dihabiskan dengan aktiviti berinteraksi dengan Dokumen Web.

1 comment:

Natrah Mohamed said...

Alhamdulillah. Nampak dah sikit... Nota ni sangat bermakna buat saya yang tiada asas ni.