Saturday, November 12, 2016

Cara Mudah Membuat Dekorasi Gambar Untuk Artikel Anda


Bukan mudah untuk mendapatkan gambar yang sesuai dengan konteks artikel. Adakalanya, gambar itu sudah menepati citarasa penulis namun masih kurang terserlah pula sifat aestetiknya.

Gambar adalah salah satu tarikan untuk mengajak seseorang membaca artikel kita. Gambar yang sesuai dengan tajuk dan petikan sesebuah artikel membantu mencipta impak yang membuatkan pembaca ingin tahu kandungannya.

Bukan mudah untuk mendapatkan gambar yang sesuai dengan konteks artikel. Adakalanya, gambar itu sudah menepati citarasa penulis namun masih kurang terserlah pula sifat aestetiknya. Ia mungkin perlukan sedikit penyerlahan dari segi penyuntingan grafik. Malangnya, si penulis artikel pula tidak mempunyai perisian grafik di dalam komputernya.

Syukurlah, perisian grafik kini sudahpun boleh didapati dalam bentuk perisian online. Ada beberapa laman web yang menyediakan khidmat suntingan grafik secara percuma; anda hanya perlu sambungan internet dan aplikasi Web Browser dan selebihnya adalah imaginasi grafik anda!

Antara laman web yang menarik untuk dicuba adalah www.pixlr.com. Apa yang menarik tentang laman web ini ialah kepelbagaian versi yang ditawarkan kepada pengguna. Pixlr menawarkan versi Editor dan Express untuk pengguna Web. Versi Editor adalah mirip perisian Photoshop; siapa yang sudah biasa menggunakan perisian Photoshop akan merasa versi ini seperti jelmaan perisian tersebut. Versi Express pula adalah untuk mereka yang mahu membuat suntingan segera seperti pembetulan warna atau penambahan kesan 'filter'.



Di samping kedua-dua versi di atas, Pixlr juga menawarkan versi Mobile dan Desktop. Kedua-dua versi ini membolehkan pengguna membuat suntingan imej tanpa sambungan Internet. Antaramuka yang disediakan adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Dengan adanya versi tambahan ini, penulis artikel sudah tidak memerlukan perisian mahal seperti Photoshop untuk membuat suntingan ringkas bagi gambar artikel mereka.




Selamat mencuba!









No comments: