1) Daftar akaun Blogger (Jika belum ada)
Layari www.blogger.com dan daftar. Jika anda sudah mempunyai akaun Google seperti Gmail, anda akan didaftarkan secara automatik apabila anda melawat www.blogger.com
Anda mungkin akan ditanya samada mahu membuat blog baru. Jika anda mahu membuat blog baru, ikuti Wizard yang tersedia untuk mendaftarkan nama dan templat bagi blog tersebut.
Jika anda sudah mempunyai blog, pergi ke langkah seterusnya.
2) Laman Dashboard
Sebaik sahaja anda Sign In di blogger.com, anda akan dibawa ke Laman Dashboard.
Klik butang New Post untuk membuat pos baru.
3) Laman New Post
Masukkan tajuk dan kandungan untuk pos anda.
Klik Publish apabila ada sudah selesai memasukkan kandungan.
No comments:
Post a Comment